'Biar Agong nilai prestasi kerajaan tangani Covid-19'

2 Просмотры
Издатель
Isu sama ada kerajaan gagal atau tidak dalam menangani COVID-19 wajar diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menilainya, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata hal ini kerana Seri Paduka adalah satu-satunya harapan rakyat memandangkan Parlimen masih belum bersidang sehingga mereka tiada ruang untuk bersuara.

Katanya, dalam sesi menghadap itu beliau mengambil peluang untuk memberi pandangan berkaitan ekonomi, pandemik COVID-19, bantuan untuk rakyat yang terjejas dan vaksinasi yang perlu dipercepatkan.

Beliau berkata demikian kepada media yang menunggu di Pintu 2, Istana Negara selepas sesi menghadap selama sejam.

-------------------------------------
#HMETRO #METROTV

Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Категория
METRO STALKER
Комментариев нет.